Saturday, August 8, 2009

SELSEMA BABI...APA PENGAJARANNYA?








Satu demi satu ALlah Yang Maha Kuasa menurunkan bala' ke atas umat manusia. ALlah datangkan ribut, taufan, banjir, selesema burung dan yang terbaru selesema babi(H1N1). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza A (H1N1) berkata kes kematian yang semakin meningkat adalah "membimbangkan”. Sehingga kini telah mengorbankan 4 orang.

Apakah erti BALA' البلاء ?
Bala' dalam ertikata:
1-Ujian dan 2-Balasan Azab
Bagaimana dapat dibezakan antara Ujian dan balasan Azab?
Bila berlaku sesuatu kesusahan, kesakitan dan malapetaka MAKA buatlah penelitian. Jika sekiranya ada maksiat maka itu tandanya bala'-balasan azab daripada ALlah. Jika tiada maksiat itu tandanya merupakan ujian-cubaan daripada ALlah.

Mengapa Allah turunkan bala'?

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). ar-Ruum: 41


Mana-mana kaum yang melaku-kan maksiat sedangkan di kalangan mereka ada orang yang mampu mencegahnya tetapi tidak berbuat demikian melainkan hampir-hampirlah ALLAH meratakan azab kepada mereka” -alHadith



Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah saw datang kepada kami dan bersabda: Apabila melata dan terang-terangnya berlaku fahisyah(maksiat yg keji seperti zina) dalam sesuatu bangsa, maka akan tersebarlah ta’un dan kesakitan yang belum pernah berlaku pada orang sebelum mereka.

Datanglah penyakit yang pelik-pelik seperti selesama burung, AIDS/HIV dan kini Selesama Babi sehingga sesetengah penyakit itu tiada ditemui ubatnya. Inilah bala' daripada ALlah.

AZAB TURUN WALAUPUN ADA ORANG SOLEH

Zainab bertanya Nabi saw, apakah kita akan dibinasakan sedangkan masih ada di kalangan kita orang-orang yang soleh? Jawab Baginda saw: Ya, apabila banyaknya berlaku zina.

Ada disebut dalam kitab RiyaduSalihin(Hadis ke 2 dalam bab niat) bahawa seseorang yang solih, jika berdiam diri di lingkungan suatu golongan yang selalu berkecimpung dalam kemaksiatan dan kemungkaran, maka apabila Allah Ta'ala mendatangkan azab atau siksa kepada kaum itu, orang solih itu pun pasti akan terkena juga. Jadi Hadith ini mengingatkan kita semua agar jangan sekali-kali bergaul dengan kaum yang ahli kemaksiatan, kemungkaran dan kezaliman.
والسلام عليكم

No comments:

Post a Comment