Saturday, August 8, 2009

PURDAH OH PURDAH........




Awal bulan Ogos 2009 saya telah pergi ke Pusat Kesihatan UKM untuk mendapatkan rawatan susulan penyakit darah tinggi. Saya terpaksa melalui tapisan keselamatan Influenza H1N1 kerana wabak tersebut dibimbangi merebak ke kampus. Apabila saya memasuki ke dalam Pusat Kesihatan UKM saya mendapati semua pelajar di wajibkan memakai “topeng keselamatan” atau mask. Sambil saya memerhatikan gelagat pelajar UKM yang memakai topeng seolah-olah mereka memakai purdah yang suatu ketika dahulu mereka yang memakai purdah dicaci di hina, dituduh ekstrem, perempuan ketinggalan zaman dan sebagainya. Mereka yang mamakai purdah semacam di sisih.
Tetapi secara mudah, kenapa kita mempertikaikan orang yang memakai purdah, kita mengata sedangkan ia adalah khilafiah dan hak individu, maka mungkin kita mendapat dosa. Tetapi jika kita menegur orang tidak memakai tudung, ia adalah perkara disepakati dan usul, mungkin kita mendapat pahala dengan menegur. Jumhur Mazhab dan ulama' bersependapat aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tangan. Kedua perkara ini adalah bukan aurat. Ibnu Marzuk berpendapat bagi mereka yang cantik dan boleh menimbulkan syahwat, sunat menutup muka. Ini bersandarkan perselisihan sama ada wajib wanita menutup atau wajib lelaki menutup penglihatan, menghindarinya. Kesimpulan, jumhur mengatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Apa nak dipelikkan kini pemakain seolah-olah “purdah” telah diterima malah di wajibkan jika menjadi keperluan dan hendak mengelakkan kemudharatan berbentuk fitnah(penyakit). Wahai pencaci-pencaci pemakaian purdah sedarlah sekarang telah nyatalah hikmah disebalik pemakaian purdah untuk mengelakkan fitnah(penyakit) akhlak dan fizikal.

No comments:

Post a Comment