Wednesday, June 24, 2009

Edisi Bulan Rejab


Peristiwa Isra’ Mi’raj dan Palestin


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Peristiwa menakjubkan di bulan Rejab yang merupakan salah satu peristiwa terbesar dalam sejarah kehidupan Rasulullah saw. yang juga mempunyai pengertian yang sangat penting kepada kaum muslimin adalah Isra’ Mi’raj. Iaitu peristiwa dimana diperjalankannya Rasulullah saw. oleh Allah swt di suatu malam bulan Rejab pada tahun ke-11 dari kenabiannya, dari Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsha di Palestin dengan mengenderai Buraq, kemudian naik ke langit yang ke tujuh hingga ke Sidratu al Muntaha, untuk diperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Allah.

“Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad saw.) pada suatu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsha, yang telah Kami berkahi sekitarnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami” (Q.S Al Isra’: 1)

Isra’ Mi’raj berlaku setelah sejumlah peristiwa menyedihkan menimpa Rasulullah saw. Belum lagi hilang bagaimana beratnya Rasulullah saw dan para sahabat yang mulia menghadapi pemulauan penuh dari kafir Quraisy di Lembah Bani Hasyim selama tiga tahun iaitu sejak tahun ke-7 hingga ke-10 dari kenabiannya, bapa saudaranya (Abu Thalib) pula yang selama itu melindunginya telah meninggal dunia. Kemudian disusuli pula dengan kewafatan isterinya yang tercinta, Saidatina Khadijah. Tahun ke-10 dari kenabiannya ini memang penuh dengan peristiwa duka dan ramai yang menyebutnya sebagai “Amul Hudzmi” (tahun kesedihan). Tambahan lagi ketika itu, berlakunya tekanan yang semakin kuat dari kaum kafir Quraisy terhadap da’wah Rasulullah saw disamping penduduk Thaif yang memperlakukan Rasulullah saw secara tidak manusiawi tatkala baginda saw. mencari nusrah kepada mereka. Sebagai manusia biasa, rentetan peristiwa itu sudah tentunya menjadikan baginda saw merasa sedih. Pada saat itulah Allah dengan segenap qudrah dan iradahnya, mengisra’ dan mi’rajkan Rasulullah saw.

Terdapat dua perkara utama sekurang-kurangnya yang dapat disebut sebagai inti dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj tersebut. Pertama: Rasulullah saw. menyaksikan secara langsung tanda-tanda kebesaran Allah; Kedua: adalah seleksi(penapisan atau penyaringan)keimanan. Salah satu tanda terbesar yang dimaksudkan adalah Sidratul Muntaha yang berada di langit yang ke tujuh. Selain itu diperlihatkan pula malaikat Jibril dalam bentuk aslinya dan Nur Ilahi yang semuanya merupakan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan keindahan, keagungan dan kebenderangannya. Kemudian Allah mendekati Rasulullah dan mewahyukan secara langsung kewajipan mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.

“Tatkala Sidratul Muntaha ditutupi oleh bermacam hal yang melingkupinya, tetapi pandangannya (Rasulullah saw.) tidak sampai menyimpang dan tidak pula melampauinya(Sidratul Muntaha). Sesungguhnya dia (Rasulullah saw.) telah melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung” (Q.S Al Najm: 16-18)
“Sesungguhnya dia (Muhammad saw.) benar-benar telah melihatnya (jibril) untuk yang kedua kalinya (dalam bentuk aslinya) di dekat Sidratul Muntaha. Di dekatnya terdapat Jannatul Ma’wa” (Q.S Al Najm: 13-15)

Sedangkan tanda-tanda kebesaran Allah yang diperlihatkan dalam Isra’ adalah kenderaan Buraq, kemudian dihidupkannya kembali kesemua nabi-nabi untuk menjadi makmum di belakang Rasulullah saw. dalam solat jama’ah di Baitul Maqdis sebagai takrim (penghormatan) sekaligus mukjizat bagi Rasulullah saw.

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang tidak mungkin dijangkau oleh akal biasa, tidak sangsi lagi berfungsi sebagai ujian bagi kaum muslimin saat itu. Ketika mengetahui bahawa Rasulullah saw bercerita tentang Isra’ Mi’raj dengan segenap peristiwa ghaib yang menyertainya, sebahagian kecil kaum muslimin yang lemah imannya menjadi ragu lalu murtad. Tetapi bagi sebahagian besar yang lainnya, peristiwa itu justeru semakin memperkuat keyakinan mereka akan kebesaran Allah dan kebenaran risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Maka Isra’ Mi’raj seakan-akan menjadi penapis atau penyaring mana mukmin yang sejati dan mana pula yang bukan. Ini sangat diperlukan untuk perjalanan da’wah berikutnya yang terbukti semakin berat dan hanya mereka yang teguh sahaja yang mampu memikulnya.

“Dan (ingatlah) tatkala Kami wahyukan kepada engkau (Muhammad saw.) bahawa sesungguhnya Rabbmu telah mengepung (mengetahui sikap) manusia (Quraisy). Dan tidaklah Kami jadikan penglihatan yang Kami tunjukkan kepada engkau melainkan (ia) sebagai cubaan bagi manusia……..” (Q.S Al Isra’: 60)

Berkaitan dengan ayat ini, Ibnu Abbas berkata: “Penglihatan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah penglihatan nyata yang disaksikan oleh Rasulullah saw. pada malam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.”

Di luar dari dua perkara di atas, boleh pula disebut bahawa peristiwa Isra’ dan Mi’raj merupakan isyarat bahawa Rasulullah saw. akan memiliki negara berdaulat yang wilayah kekuasaannya meliputi Yathrib, Madyan-Thur Sina di Mesir, Baithlehem dan Baitul Maqdis di Palestin iaitu tempat dimana Rasulullah dusinggahkan dalam Isra’. Dan ternyata benar, kira-kira 13 tahun kemudian, wilayah daulah Islamiyah memang mencakupi wilayah itu, bahkan dalam perkembangan berikutnya mencakup hampir sepertiga dunia.

Palestin Kini

Jelaslah bahawa peristiwa Isra’ Mi’raj tidak dapat dipisahkan dari negeri yang bernama Palestin iaitu satu tempat yang menjadi tujuan dalam Isra’ Rasulullah saw. dari Mekah dan sekaligus menjadi titik permulaan dalam Mi’rajnya ke Sidratul Muntaha. Boleh dikatakan tidak ada Isra’ Mi’raj tanpa menyebut Palestin, dan tidak ada Palestin tanpa menyebutkan kedudukan tempat itu dalam peristiwa Isra’ Mi’raj.

Tetapi tempat yang disucikan itu dan pernah menjadi kiblat kaum muslimin sedunia yang pertama, kini berada di bawah cengkaman negara Yahudi Israel, yang berdiri di atas tanah Palestin dengan dokongan konspirasi negara-negara sekular internasional yang majoriti penduduknya beragama Nasrani. Mengapakah orang-orang Nasrani yang dalam sejarahnya bermusuhan dengan orang Yahudi, kini berkomplot menentang kaum muslimin?

Memang benar, meskipun sudah sampai 20 abad terjadinya permusuhan yang berterusan antara kaum Nasrani dan Yahudi, tetapi kini mereka sering kali melakukan kerjasama. Menurut Syekh Bayud At Tamimi dalam buku Impian Yahudi dan Kehancurannya menurut al Quran, berdasarkan ayat:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi penolong kamu, mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain.” (Q.S Al Maidah: 51)

Persekutuan Yahudi-Nasrani mulai nampak sesudah Perang Dunia Pertama dengan dibentuknya Liga Bangsa-Bangsa. Pada tahun 1922 organisasi ini memberikan mandat kepada Inggeris ke atas Palestin untuk memudahkan negeri itu dari segi ekonomi, kebudayaan, pembangunan dan politik menjadi tanah air bangsa Yahudi. Sebelum itu, di awal abad 20 mereka bekerjasama untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid dari tampuk kekhilafahan Uthmani, ketika beliau menolak memberikan konsesi hijrah ke Palestin.

Kongres pertama kaum Zionis di Basel, Switzerland, 1897, telah memutuskan Palestin yang ketika itu merupakan sebahagian dari kekuasaan Khilafah Uthmani sebagai wilayah pemulangan (setlement) Yahudi. Inggerislah yang sangat berperanan dalam pembentukan negara Israel ini.

Persahabatan dan kerjasama antara Yahudi-Kristian berlanjutan terus hingalah tercetusnya perang tiga serangkai terhadap Mesir yang muslim. Persekutuan pasukan Kristian (Perancis dan Inggeris) bersama pasukan Yahudi menyerbu Mesir pada 1956. Pada tahun 60an, kerjasama ini mencapai puncaknya dengan diisytiharkannya penghapusan dosa Yahudi oleh Paus Vatikan, supaya tidak ada kesan buruk pada penganut Kristian yang patuh pada agamanya, apabila tanah sucinya tersebut jatuh ke tangan orang Kaum Yahudi yang telah menyalib Al Masih menurut tuduhan mereka. Puncak yang lain terjadi ketika orang-orang Kristian (Maronet) di Lebanon dengan terang-terangan berperang bersama kaum Yahudi melawan kaum muslimin.

Status Tanah Palestin

Bagaimana sikap kaum muslimin terhadap penguasaan Palestin oleh Israel kini, sangat ditentukan oleh pemahaman mereka tentang sah atau tidaknya negara itu berdiri di wilayah Palestin sekarang dan bagaimana Islam memberikan panduan dalam menghadapi kenyataan itu. Sejarah tanah Palestin adalah sejarah Islam.Wilayah itu dikuasai Islam dengan damai. Orang Nasranilah yang secara suka rela menyerahkan kunci kota Jerusalem (disebut juga sebagai ‘Illia) kepada Khalifah Umar Al Khattab. Ketika itu, tepatnya 636 M, setelah sekian lama dikepung tentera Islam, diwakili tokohnya Pendeta Patriarch Shafarniyus, kaum Nasrani Jerusalem bersama Khalifah Umar Al Khattab menandatangani suatu perjanjian yang dikenali sebagai Piagam ‘Illia atau Perjanjian Umariah. Di antara isi perjanjiannya ialah”Dengan nama Allah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Inilah yang diberikan oleh hamba Allah, Umar Amirul Mukminin kepada penduduk ‘Illia tentang keamanan. Ia memberinya keamanan untuk jiwa dan harta mereka, untuk gereja-gereja dan salib-salib mereka, juga untuk orang yang sakit dari mereka dan yang sihat serta untuk seluruh komuniti……Dan tidak akan diizinkan tinggal bersama mereka, seorang pun dari orang Yahudi.”

Sehingga kini, 14 abad berlalu, seluruh dunia tahu Israel adalah perampas tanah Palestin dengan dalih melaksanakan amanat Tuhan yang telah menjanjikan wilayah itu untuk mereka. Pengakuan ini telah dibantah keras oleh Roger Geraudy, intelektual Kristian Perancis yang kini masuk Islam, dalam buku Zionisme: Gerakan Agama dan Politik, sebagai tidak terbukti secara historis, antropologis mahupun injilis. Dan yang terakhir, tidak ada sedikitpun dalil-dalil Injil baik Perjanjian Lama mahupun Perjanjian baru yang menunjukkan mereka harus tinggal di Wiliayah Palestin, apalagi secara paksa. Jadi kesimpulannya, negara Israel berdiri di atas khayal dan dusta serta darah dan air mata bangsa Palestin.

Palestin adalah milik umat Islam, bukan milik individu tertentu dan tidak boleh dimiliki oleh sesiapa pun. Ia tidak boleh dimanfaatkan kecuali sesuai dengan hukum-hukum syara’.

“Dan Dia mewariskan kepada kamu tanah-tanah, rumah-rumah dan harta benda mereka dan (begitu pula) tanah yang belum kamu injak. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Q.S Al Ahzab: 27)

Berkenaan dengan ayat ”Dan (demikian pula) tanah yang belum kamu injak.” Imam Thabari menyatakan, banyak ahli tafsir berselisih pendapat dalam hal ini. Tanah mana yang dimaksudkan? Ada yang berpendapat, bahawa itu adalah tanah negeri Rom dan Parsi serta tanah-tanah negeri lainnya yang dilakukan kaum muslimin setelah itu….,Sementara yang lain berpendapat, bahawa yang dimaksudkan adalah tanah Mekah; dan ada pula yang berpendapat, bahawa itu adalah tanah Khaibar…” Dari dua pendapat itu, menurut Imam Thabari, pendapat yang lebih tepat ialah bahawa Allah telah mewariskan tanah, rumah dan harta benda Bani Quraizah kepada para sahabat Rasulullah saw, juga tanah(dari negeri) yang belum mereka injak pada saat itu, yang kemudian mereka menaklukkan dan mewarisinya. Semua tanah yang dikuasai kaum muslimin sesudah itu termasuk dalam maksud ayat “dan tanah yang belum mereka injak”. Jadi yang dimaksudkan bukanlah Mekah ataupun Khaibar, juga bukannya tanah Parsi, Rom atau Yaman kerana tanah-tanah tersebut telah mereka injak pada waktu itu. (Jaami’ul Bayan ‘an Ta’wili Aayil Quran, Juz XI, m/s 155).

Setiap negeri yang ditaklukkan kaum muslimin tergolong ke dalam apa yang disebut “negeri yang diwariskan Allah untuk mereka.” Tentu sahaja termasuk pula setiap negeri yang akan ditaklukkan kaum muslimin pada masa akan datang hingga hari kiamat. Jadi, setiap tanah yang ditaklukkan kaum muslimin baik secara paksa mahupun melalui jalan damai, seperti tanah Iraq (termasuk Kuwait), tanah Syam(termasuk tanah Palestin), tanah dataran Hindia(termasuk Pakistan dan Kasymir) dan tanah-tanah Afrika Utara serta tanah-tanah lainnya yang statusnya serupa. Seluruhnya merupakan fa’i selama-lamanya bagi kaum muslimin. Tanah itu juga disebut sebagai tanah Kharaj. Ini bererti, hak milik tanah berada di tangan Baitul Mal. Sedangkan pemanfaatannya boleh diambil oleh siapa sahaja yang menempati tanah itu, dan dia wajib membayar wang Kharaj dengan jumlah tertentu kepada Baitul Mal. Ketetapan ini kekal hingga hari Kiamat, sekalipun tanah tersebut telah berpindah kepada orang Islam yang lain, seperti melalui jual beli.

Kedudukan tanah Palestin sebagai tanah Kharaj perlu selalu diambil perhatian serius oleh seluruh kaum muslimin di dunia. “Penyerahan” tanah tersebut melalui perjanjian damai PLO-Israel pada 13 September 1993 di Washington adalah tidak sah dan berdirinya negara Israel itu juga tidak sah sekalipun PBB, negara-negara Arab, negara-negara sedunia, bahkan penduduk Palestin sendiri telah mengakuinya. Ini kerana menurut syari’at Islam, tanah Palestin adalah tanah Kharaj yang dimiliki oleh seluruh kaum muslimin. Tambahan lagi majoriti tanah di Palestin adalah tanah wakaf yang tidak dapat diperjual-belikan, dihibahkan ataupun diwariskan, sebagaimana sabda Rasulullah saw. “Tanah wakaf tidak boleh diperjual-belikan, dihibahkan atau diwariskan” (HR Tirmizi dalam Al Ahkam, Bab Wakaf, hadis No.1375).

Penyerahan tanah Palestin kepada musuh Islam merupakan pengkhianatan kepada Allah, Rasulullah saw., agama Islam dan kepada para sahabat mulia yang telah menjadikan tanah tersebut sebagai negeri kaum muslimin, juga pengkhianatan kepada Panglima Shalahudin Al Ayubi dan pasukannya yang telah mengembalikan tanah tersebut dari tangan kaum Salib, serta terhadap kaum muslimin seluruhnya.

Bila demikian, bolehkah melakukan perdamaian dengan Israel dan mengakui keabsahan negara Yahudi itu di tanah Palestin? Jawabannya sudah tentu tidak. Tetapi mengapa Presiden Indonesia, Gus Dur yang merupakan tokoh ulama’ kononnya, berani mengeluarkan kenyataan “Hubungan diplomatik (dengan Israel) akan hanya diadakan selepas Israel mengiktiraf kemerdekaan Palestin.” (Berita Harian, Sabtu 6 November 1999). Dari pernyataan di atas, dapat difahami bahawa Gus Dur akan mengakui dan mengiktiraf kewujudan negara Yahudi la’natullah itu setelah Israel mengiktiraf kemerdekaan Palestin. Persoalannya, apakah hukum tanah Palestin boleh berubah mengikut tempat,keadaan dan masa? Sebagai seorang Ulama, Gus Dur seharusnya mafhum akan hal tersebut.

Pernyataannya yang kontroversial tersebut pernah juga dikeluarkan oleh beliau sebelum beliau menjawat jawatan Presiden suatu ketika dulu sebagaimana dipetik dari akhbar Republika “Hubungan diplomatik itu perlu dilakukan untuk mengantisipasi masa depan setelah perkembangan kian membaik antara negara-negara Arab dan Israel.” Bila kita perhatikan, seruan yang diungkapkan oleh Gus Dur itu senada dengan seruan Kelab Agung Nasional Mesir iaitu gerakan Yahudi internasional Freemasonry di Mesir yang menginduk pada Kelab Agung Inggeris-pada 2 April 1922 yang menggemparkan tidak hanya kepada bangsa Palestin, tetapi kepada semua bangsa Arab, termasuk anggota Freemasonry sendiri. Seruan yang ditandatangani oleh Guru Besar Idris Raghib, Setiausaha Agung Abdul Majid Tunus, Wakil Guru Besar Muhammad Rifa’at dan Pembantu Wakil Guru Besar Thaha Ibrahim dan disebarkan ke Kelab-kelab Freemasonry di Palestin dan rakyat Palestin itu-dengan kata-kata yang halus, licik dan penuh tipuan-meminta kepada kaum muslimin di Palestin agar menyerah kepada Zionisme dan membiarkan para Zionis itu berbuat sekehendaknya di negeri Islam itu (lihat Muhammad Fahim Amin, Rahsia Gerakan Freemasonry dan Rotary Club, m/s 34). Oleh kerana itu, langkah Gus Dur kali ini adalah permainan politik tingkat tinggi. Apakah Gus Dur terlibat dalam gerakan Freemasonry? Memang kita belum mempunyai bukti yang cukup untuk menyatakannya, tetapi beberapa perbuatannya menjadi qorinah(petunjuk), bagi menjawab posisi “sang wali”.

Namun apakah mungkin seorang ulama terlibat dalam gerakan Rahsia Yahudi? Kenapa tidak? Syeikh Muhammad Rasyid Ridha sendiri mengakui bahawa gurunya sendiri, Syeikh Muhammad Abduh (Pengarang Tafsir Al Manar) pernah terlibat dan menjadi tokoh dalam gerakan Freemasonry di Mesir. Demikian juga guru kepada Abduh iaitu Syeikh Jamaludin Al Afghani. Lagi pula gerakan Freemasonry yang terdiri dari tiga kategori iaitu Freemason Simbolik Umum, Freemason Kerajaan dan Freemason alam Semesta; membolehkan orang-orang non Yahudi menjadi anggotanya, terutama pada Freemason Simbolik Umum. Bahkan jabatan kepemimpinan Freemason Simbolik Umum yang dipegang semula sendiri oleh orang-orang Yahudi anggota Freemason Kerajaan kemudian diserahkan kepada orang-orang non Yahudi yang berada di kelas tertinggi pada taraf Freemason Simbolik Umum dengan gelaran “Guru yang agung”, iaitu orang-orang yang telah menunjukkan tingkat kesetiaan yang tinggi kepada bangsa Yahudi pada umumnya dan kepada gerakan zionis Internasional khususnya (M. Fahim Amin, m/s 19-22).

Kewajiban Kaum Muslimin terhadap Israel

Bagaimanakah sikap yang seharusnya diambil oleh kaum muslimin?

Imam Ibnu Katsir berdasarkan ayat 23 dari Surah al Taubah, menyatakan wajib memerangi orang-orang kafir dimulai dari yang terdekat dari batas negeri Islam. Rasulullah saw. mulai memerangi orang-orang musyrik di Jazirah Arab. Allah memenangkannya di Mekah, Madinah Thaif, Yaman dan Yamamah. Lalu, Rasulullah saw. mulai mengalihkan perhatiannya ke wilayah kekuasaan Rom, kerana negeri itulah yang terdekat dengan wilayah negeri Islam, dan lebih layak menerima da’wah Islam.

“Wahai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orangkafir yang disekitar kaumitu. Dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu. Dan ketahuilah, bahawa Allah berserta orang-orang yang bertaqwa.” (Q.S At Taubah:23)

Imam Ibnu Katsir juga menegaskan, kaum muslimin harus bersikap tegas dan keras dalam memerangi kaum kuffar yang memang layak diperangi. Sesama saudara muslim diperintahkan saling berkasih sayang. Namun terhadap orang kafir, kaum muslimin harus tegas.

Oleh kerana itu, menghancurkan Israel adalah fardhu ‘ain hukumnya bagi penduduk Palestin, Syria, Jordan, Mesir dan Lebanon kerana Israel telah merampas wilayah Islam di mana mereka sekarang tinggal. Israel, menurut Ustaz Abdul Qadim Zallum dalam kitab Ta’rif adalah “muharibah fi’lan”. Iaitu negeri yang secara terang-terangan telah nyata memerangi kaum muslimin. Jika kekuatan negeri-negeri itu belum mampu mengimbangi kekuatan Israel, maka kewajiban itu pun meluas ke negeri-negeri Islam yang berada di sekitarnya. Sekiranya itu pun belum cukup, maka kewajipannya berpindah kepada seluruh kaum muslimin. Ini bererti, fardhu ‘ain keatas seluruh kaum muslimin memerangi Israel sehingga negara itu dapat dikalahkan dan dinyahkan dari bumi Palestin.

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak(pula) bagi perempuan yang yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (Q.S Al Ahzab: 36)

Thursday, June 18, 2009

Ciri Suami yang disayangi isteri


Alhamdulillah di dalam pertemuan di Tekam Resort baru-baru ni. Semua rakan-rakan khasnya lelaki telah beristeri dan mempunyai anak. Sungguh ceria pabila melihat mereka datang dgn pasangan masing-masing. Pasangan suami isteri iaitu Tuan Ropi dengan Usth Zaini(Lihat gambar) bukan main pakai sedondong...Ceria sungguh mereka pada hari tu.. Di pertemuan tersebut mereka(para isteri) mengambil kesempatan berkenalan sesame mereka dan menceritakan hal dan fiil suami masing-masing... Biasalah org pompuan kalu berkumpul tu ade jer citer tentang org lelaki(SUAMI).....Oklah rakan-rakan kiter berusahalah menjadi suami yg baik menjaga, mentarbiah isteri dan anak-anak..Ingat tu... tanggungjawab besar.. Mudah-mudahan akan terbina Usrah Solehah..Insya Allah

Berikut adalah antara pedoman untuk rakan-rakan ketika melayan dan menghadapi kerenah isteri sebagai satu cara mewujudkan keharmonian rumah tangga:
1. Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.
2. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.
3. Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.
4. Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.
5. Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
6. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
7. Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.
8. Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.
9. Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.
10.Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.
11. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.12. Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.
13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.
14. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.
15. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.
16. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.

SELAMAT MENCUBA DAN KEKALKANLAH KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA KITER..

Sunday, June 14, 2009

Dua gambar yang memberi seribu makna.....(siri 2)










Barisan jejaka(dulu-dululah)dari kiri : Ropi,Halim,Azlan,Tobroni,NorAzlan,Zuridan,Dahlan,Firdaus,Anuar,Zulkifli,Amri,Asri,Aziz,Anas.
Barisan gadis(dulu-dulu jugaklah) dari kiri: Syima,Nazirah,NurulHuda,Suhana,Norasyikin,Norlaili,Norzaini,Faizah,Faridah,Azlela.
Tiada dlm gambar: Fadhilah,Yusri,Shahdan dan Azian.Kalu ade lagi bagitahu saya

Majlis Tautan Ukhuwah Group Ex-SPM89 SMAPT cukup meriah sekali ...(Siri 1)














































13 JUN 2009, satu sejarah telah tercatat di Tekam Plantation Resort satu program mengumpulkan kembali rakan-rakan yang telah terpisah 20 tahun yang lalu. Sungguh meriah, kepoh+Kecoh(terutama laili dengan Anak Ust Wahab,Nuar Budin,Lan,Amri,anas),halaian ketawa gembira, usik mengusik, mengimbau kenangan lalu... terubat rasa rindu dengan mereka.. Sungguh hebat rasa UKHUWAH yang Allah ta'ala semai di dalam hati kami.AMIN. Dua peristiwa yang saya tak dapat lupa , saya tertukar diantara Usth Suhana dengan Usth Nurul Huda. Saya sangkakan Nurul Huda tu Suhana buka main marah lagi Suhana dengan NurulHuda .Sorilah... Dulu awok me kurus-kurus sekarang dah...... byk berubah dan maklumlah hampir 20 tahun tak berjumpa. Sorang lagi Usth Faridah Ya.Allah pandai betul suami dia jaga.Tak kenal langsung.Kebanyakkan diantara kami hampir tidak mengenali antara satu sama lain.




Majlis diserikan dengan kehadiran Ust. Zainudin. Banyak kata nasihat daripada beliau . Walaupun uzur beliau tetap gagah bertemu dengan kami.Setelah dipeluk oleh bekas anak murid(lelakilah) .. nampaknya bertambah sihat. Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Dahalan yang memang terkenal dengan celotehnya.. Memang hebat. Saya mengiktiraf beliau sebagai LELAKI PALING HEBAT PADA ABAD INI(ye lah org lain umur 25-27 dah kahwin, dia 35 baru kahwin). Disusuli dengan ucapan BOS BESAR kami Ust. Zuridan.. Wow Mantopppp ucapannya.



Lebih kurang 30 keluarga datang, dan seorang demi sorang menceritakan tentang diri dan keluarga masing2. TQ diatas komitmen rakan-rakan ada yg balik dari Sarawak(U.Halim dan U.Shahdan), Putraya(U.Amri), Nogori(U.Mat Fadhilah/U.Zul). Bila dah berkumpul mcm2 perangai lama keluar... terkejut para suami dan isteri serta anak-anak tengok perangai kami. Semua dah keluar "tanduk" bila jumpa kawan lama... lupa anak bini/suami. TQ kepada para suami dan isteri serta anak-anak krn hadir sama. Itulah kawan papa/abi dan kawan mama/umi waktu dulu2. Alhamdulillah kita tlh tunjukkan suri tauladan yg baik kepada anak-anak kita...... Nanti kiter sambung lagi yer utk siri ke Dua sebab baru sampai rumah Di Sabak Bernam.....

Wednesday, June 10, 2009

MISI ISLAM DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI CHANGKAT BINTANG,HULU SELANGOR











Pada 6 – 9 JUN 2009, saya berpeluang mengikuti membawa misi Islam ke perkampungan asli anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di Kg Changkat Gintong di Hulu Selangor. Perjalanan yang memenatkan dari Jengka 13 Pahang membelah banjaran Titiwangsa, mendaki jalan Genting Highland,menyusuri lading sawit dan hutan di waktu malam dan jam menunjukkan pukul 11.00 malam keseorangan membawa Avanza di tengah hutan. Naik bulu romaku. Lantas aku memohon aga Allah permudahkan sampai kedestinasi sambil teringat Allah berfirman:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-'Ankabut: 2)

Akhir saya sampai tepat jam 11.15 malam. Saya disambut oleh penduduk dan Tok Batin sungguh mesra layanan mereka. Aku pun melelapkan mata di surau lama yang telah di tinggalkan.Maklumat yang saya terima 90 peratus penduduk di sini adalah penganut agama Islam.Keesokan hari aku diamanahkan untuk menyampaikan kuliah subuh dan dan antara isu yang saya kupas ialah Islam sebagai cara hidup. Diteruskan dengan senaman dan sarapan pagi. Banyak programm yang dijalankan dengan penduiduk setempat seperti gotong royong, kem motivasi untuk kanak-kanak, memancing, ceramah, tayangan dan sebagainya. Itulah nikmat dakwah. Perlu ada usaha yang berterusan menyampaikan kalimat Allah di kalangan masyarakat orang asli. Mereka amat dahagakan tenaga –tenaga da’i untuk membimbing mereka. Perlu diingatkan bahawa tugas dakwah ini adalah kefarduan:
Dakwah kewajipan para Rasul. Kewajipan para rasul adalah kewajipan para mukmin.
Hujjah:
- وما آتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا (الحشر 7 )
- لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر (احزاب 21)
- ما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمرا أن يكون لهم الخيرة (احزاب36 )
Jangan kita hanya selesa dengan kerjaya dan keluarga kita sahaja sedangkan kita biarkan masyarakat diluar hidup mereka pincang. Mudah-mudahan uasaha yang sedikit ini dapat saya jadikan bekalan untuk di bawa menghadap Allah kelak.Amin

Thursday, June 4, 2009

Musim Cuti sekolah dan Majlis perkahwinan




Musim cuti sekolah telah bermula. Bukan main girang lagi anak-anak kita di bangku sekolah menyambut ketibaan musim cuti sekolah. Tergambar dalam benak minda mereka rancangan TV, main game, main, berjalan dan apa yang menjadi kegemaran mereka. Emak dan bapa pula yang pening kepala. Asyik 'berkelahi' dengan telatah anak-anak yang inginkan pengisian. Sebagai ibubapa, mereka mestilah menyediakan program yang berfaedah untuk mereka pelbagai kem yg dianjurkan oleh pihak bagi mengisi masa cuti mereka.

Musim cuti juga banyaklah kenduri kahwin di adakan. Di Sabak Bernam baru - baru ini (sabtu dan ahad) macam hari raya. Manusia berbondong-bondong menghadiri majlis perkahwinan. Saya dengar pula di Jengka 13 Pahang(tempat saya) sudah tak mengira hari , jiran saya mengadakan kenduri pada Hari Rabu(9 Jun 2009) kerana yang penting CUTI SEKOLAH. Di sini saya perturunkan sedikit panduan kepada bakal pengantin baru(termasuk yang nak tambah lagi)
 
TIPS MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

"Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapatkeberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t renungkanlah tips berikut :

- 1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal. Surah Al-Furqan ayat 74 :- "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :- "Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga. Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t. 4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :- "Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah
petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah AtTaubah, 24] Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami,selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna. 7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:- "Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya." Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:- "Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami. "Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga. Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujikan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT PENGANTIN BARU.....

Wednesday, June 3, 2009

Bersama pelajar Saudara Baru di Institut Latihan Dan Dakwah Selangor






Sungguh indah nikmat hidayah yang Allah kurniakan kepada mereka menerima Islam sebagai jalan kehidupan. Mereka terpaksa menempuh onak dan duri untuk kekalkan hidayah. Lantaran ILDAS dibawah JAIS membeimbing mereka menjadi da'i untuk menyebarkan Islam. Ana di amanahkan untuk membimbing mereka dari Jan - Jun 2009. Ana di minta mengajar mereka Metode Daakwah. Sungguh menyeronokkan dengan mereka yang jiwa juang mempertahankan HIDAYAH sentiasa diuji. Ada yang diejek, dihina apabila memilih Islam. Sunggu tinggi kesabaran mereka menempuh mehnah ini.Masih berusia awal dua puluhan. Menitis air mataku mengenangkan ujian yg mereka tempuh dan memberi seribu kesedaran kepada ku betapa agar aku mesti meneruskan perjuangan memastikan Islam terpahat di hati-hati mereka..... Itulah nikmat sebuah perjalanan seorang Da'i.....Sejak dibangku sekolah lagi aku di ajar berusaha untuk memastikan Islam dijulang... Sifu yang banyak membimbing perjalanan dakwahku adalah Ustaz Shukri(Mudir Al-Irsyad) ......

Imbaun lalu mengusik jiwaku


TAUTAN KASIH XSPM89 SMAPT
Oleh Tobroni Mohd Shahlan

Pengenalan.
Bermula tahun 1984-1989 kita di satukan dibawah satu bumbung SMAPT datang dari ceruk kampong mencari segenggam ilmu demi keredhaan ilahi. Kita berkenalan, berprogram, bermesra, suka-duka, kadang-kala berselisih pandangan, hampir menyiku, itu sudah menjadi lumrah sebuah pertemuan ,semoga kekal dlm hati. Namun setelah SPM89 kita membawa diri dan haluan masing-masing, ada yang meneruskan pengajian di dalam dan luar negeri, membina kerjaya, membina identiti diri, ada yang menyepi, ada juga yang mendirikan rumahtangga dgn kekasih hati, masing-masing membawa haluan sendiri. Tidak dengar lagi gelak ketawa rakan-rakan seasrama dan sekelas di SMAPT yang diingati. Setelah 20 tahun berlalu- oooohhhhh - sungguh lama…… hati kecilku terkenang rakan-rakan lama Uri, Fadilah, Dahlan, Lan Totoi dan Lan Korok(mcm2 panggilan), awang, zul , suhana,syikin, jamekyah ,rapi vs Zaini(ni saje yg menjadi…bukti cinta sejati…..) Yati dan entah sape lagi, bilalah boleh bersama kembali. Aku dengar ada yang berjawatan tinggi, bergaji tinggi, kerja sendiri, bisnes menjadi rezki,selalu muncul di radio dan kaca TV, berkereta Ferari, bersuami dan beristeri(beristeri-isteri tak ada lagi…. Tapi pasang cita-cita ada lah, tapi takut bini….),anak berguni-guni ooooh entah apa lagi.Ada yang bertugas di Sabah dan Sarawak, Putrajaya,Nogori, setia tinggal di tempat sendiri(Jerantut) dan seluruh pelusok negeri, berkhidmat kepada Nusa dan Bangsa demi menanggung anak dan bini. Dulu belasan tahun tapi kiniiiiii dah hampir fourty. Dulu cun melecun kini sudah ada kedut sana sini(tapi sikit jer). Maka untuk mengimbau kenangan 20 tahun lalu program “TAUTAN KASIH XSPM89 SMAPT”di cadangkan dilaksanakan bagi melepaskan rasa rindu dgn mereka ini .Itulah kehebatan UKHUWAH FILLAHI.